___ [ KEMBARA DAIE ] ___

"anakku..jangan sibuk utk memenangkan ISLAM dgn strategi smata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul..& ibadahmu semakin brkurang..teladani lah Abdullah bin Mubarak yg menggandingkn semangat jihadnya dgn ktaqwaan yg mutlak kpd Allah..bukan kah alBANNA itu s'org sufi yg haraki? ";~abdullah nasih ulwan~

Friday, August 28, 2009

..mana milik kita..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yg punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat..Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya..
Bumi langit ciptaanNYA..
Milik lah ape saja..Tidak terlepas dari ciptaanNYA
Mana kita punya..Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada

Mengapa kita sombong memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah kerna milik IA punya...

Janganlah berbangga.. Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri.. kita tidak punya apa-apa
Jangan lah mengungkit , mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNYA ..yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur ..Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah..Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kpdNYA
slps itu lupakan kan saja agar tidak mengungkit-ngungkitnya

Saturday, August 8, 2009

..sejauh manakah cintaku padaMu..

Sunday, May 17, 2009

Bohsia..seringkali bilamana kita mengungkapkan perkataan tersebut,pasti terbayang di minda, remaja-remaja perempuan yang bermasalah, rosak akhlaknya, liar perangainya, yang juga sinonim dengan murah maruah keperempuannya. Pastinya gejala atau isu ini sudah lama timbul, turun naik isunya, hingga kini menjadi satu fenomena biasa. Namun wajarkah fenomena ini di biarkan tanpa ada usaha untuk membendungnya?...memang ada namun kenapa ia menjadi semakin teruk hingga meninggalkan impak yang makin memburukkan lagi keadaan.

Manusia pastinya ada jiwa dan jasad yang perlu di isi dengan sebaiknya. Mana mungkin sebaik-baik perkara yang boleh mengisi kedua-duanya melainkan kembali kepada fitrah iaitu Islam.. gholibnya, manusia akan salah dalam mengisi jiwanya andai tiada tunjuk ajar dan pedoman yang betul. Maka bohsia juga adalah kesan manusia yang ketandusan jiwa dengan agama yang akhirnya mencuba sesuatu yang dirasakan boleh mengisi jiwa mereka. Yang mana akhirnya menjerumuskan diri mereka dengan kancah kemaksiatan yang tiada batasnya dek kerana nafsu dan syaitan yang mula mengawal diri. Maka andai nilai-nilai agama ini tidak di fokuskan untuk membendung, mereka akan makin parah dalam lorong yang mereka lalui. Bukan impaknya akan terpalit pada diri sendiri, namun sebenarnya pada masyarakat yang bersama mereka.

Bilamana kehidupan tidak terurus, halal haram sudah tidak di hiraukan dan keseronokan hawa nafsu yang hanya difikirkan, maka kerana itu seks rambang menjadi lumrah biasa bagi kehidupan seorang bohsia. Di tambah jika diri sering menjadi habuan lumayan uutuk juara rempit jalanan. Ya pastinya bohsia dan rempit adalah dua dunia yang tidak dapat dipisahkan. maka hasilnya,lahirlah insan-insan baru yang tidak tahu bahawa asal usulnya adalah dari perkara yang tidak elok..bila dirasakan insane-insan itu membebankan hidup mereka, maka diputuskan saja nyawa insane-insan yang tidak berdosa itu agar tidak lagi hidup d dunia. Itulah realitinya apabila anak luar nikah yang di lahirkan …rasa kasih seorang ibu tidak lagi dipedulikan.

Maruah sudah tercemar, kembali ke pangkuan jalan tiada panduan mak diteruskan hidup pula sebagai pelacur. Itu rentetan biasa yang berlaku dalam dunia bohsia. Asalkan ada wang yang diperlukan diperolehi, hidup diteruskan..jenayah-jenayah lain pula yang berani dilakukan..maka kes-kes jenayah yang dilaporkan meningkatdari sehari ke sehari hingga memeningkan pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Pengambilan dan pengedaran dadah, pelacuran, lari dari rumah dan sebagainya, adalah jenayah biasa yang mungkin dilakukan oleh golongan bohsia. Maka runtuhlah institusi kekeluargaan dek kerana rosak dan punahnya akhlak dan moral generasi pelapis akan datang.. kerana terdapat ungkapan yang mengatakan “ wanita adalah tunggak pembangunan ummah masyarakat..jatuhnya akhlak wanita, maka jatuhlah sesebuah Negara..”. maka Negara pada masa depan akan pincang dari segi generasi pelapisnya. Hendak di harap untuk mentadbir Negara, pemuda rosak akhlak, kurang ilmunya..pelbagai masalah yang berlaku dalam masyarakat dek kerana rendahnya moral akhlaknya..maka siapa yang perlu dipersalahkan?

Tidak mustahil juga suatu hari nanti kehidupan barat akan menjadi kebiasaan pada adat dan budaya masyarakat di negara kita. Mana tidaknya,jika gejala bohsia ini berterusan dan tidak serius dalam menyelesaikannya. Ketika itu nilai-nilai agama hanya di pandang enteng dan fahaman-fahaman liberal yang lain juga tidak mustahil akan menular. Justeru dalam mengambil langkah pemulihan dan mengatasi, satu persoalan lain yang timbul, wajarkah perlu di ambil perhatian pada kata-kata media yang mengatakan “ filem BOHSIA itu dapat membuka langkah penyelesaian untuk mengatasinya..”..adakah benar?atau orang ramai atau khususnya anak muda anak-nak muda yang lebih ghairah untuk melakukan perkara yang sama dalam filem tersebut..

Maka renungkanlah sepotong kalam tuhan dalam surah an Nisa’ :78…” dan hendaklah takut pada Allah orang-orang yang sekiranya meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuwatir terhadap kesejahteraanya..oleh itu hendaklah mereka bertaqwa pada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar”

Friday, May 1, 2009

.....koreksi diri...

" ...a success people is someone who never give accuses to a problem..
..someone who see problems positively..
..and when given a task, they won't say "NO", instead they'll say..
...LET's DO IT!! or at least LET's FIND WAY TO MAKE IT HAPPEN..
_Stedman Graham_

Saturday, April 11, 2009

.....dia datang lagi...

...salam sejahtera buat kalian..

pejam celik,pejam celik aku sdah brada di phujung sem rupanya..
...dan fatrah exam kembali lagi...

...maka ape prsediaan yg dh aku prsiapkn???..
huh...byk lagi sbjek yg blum d cover..
tapi diri blum jga sedar2..

a'la kulli hal,besar harapan ku,moga fatrah ini dpt mnjadi tangga utkku lebih dkat pda kHoliqku..
mdah2an...

Tuesday, April 7, 2009

..................

.....7 april 2009...
moga khabar gembira untuk ISLAM di bukit Gantang
'.....juga....
moga kembara daie ini istiqomah dalam derapannya..
dan hatinya sntiasa hidup brbicara dgn tuhannya..
aqalnya sntiasa bbrfikir hikmah kjadian aturan khaliqnya..
mudah-mudahan...
dgn izinNya..